Tuesday 15 November 2011

Bentuk-bentuk Kata

 Kata/perkataan boleh dibahagikan kepada bentuk-bentuk berikut:

Kata tunggal
     i.        Tidak menerima imbuhan atau kata dasar yang lain.
     ii.        Akronim yang sudah diterima pakai juga tergolong dalam kata tunggal, misalnya; Mara, Petronas, Lada, tadika (taman didikan kanak-kanak),pawagam (panggung wayang gambar) dan sebagainya.
   iii.        Para pelajar diingatkan bahawa akronim tidak sama dengansingkatan.
    iv.        Singkatan ialah kependekan bagi satu atau beberapa perkataan sepertiIT untuk teknologi maklumat (information technology) dan PMuntuk Perdana Menteri.
     v.        Jelaslah, singkatan tidak termasuk dalam kata tunggal seperti akronim.
Kata terbitan
      i.        Terdiri daripada kata dasar atau kata akar yang melalui proses pengimbuhan, sama ada awalan, akhiran, sisipan atau apitan.

Kata majmuk
      i.        Terbentuk hasil gandingan dua atau lebih kata dasar.
     ii.        Rumus penting ialah tiada kata lain yang boleh disisipkan di antara gandingan tersebut. Jika dapat disisipkan kata lain dan membawa makna tertentu, maka ia bukan kata majmuk, tetapi tergolong dalam frasa.
   iii.        Misalnya; Budak berlari bukan kata majmuk kerana ia boleh menjadibudak itu berlari, atau budak yang berlari itu.
    iv.        Pada umumnya, kata majmuk dieja terpisah kecuali yang sudah mantap sebagai satu perkataan. (lihat lampiran 1)
Kata ganda
      i.        Kata ganda ialah pengulangan kata dasar sama ada dengan mengulang seluruh kata dasar (penggandaan penuh) atau sebahagian daripada kata dasar (penggandaan separa), seperti gila-gila, gula-gula, suka-suka, labah-labah, rama-rama dan sebagainya.
     ii.        Contoh penggandaan separa ialahpepatung, lelabah, sesekali dan sebagainya.



Konsep Perkataan

Pemajmukan

1.       Pemajmukan ialah proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk memberi makna tertentu, seperti buah tangan, ketua meja, kerani pos, telefon terus dail, setiausaha dan sebagainya.
2.       Perlu ditekankan bahawa gandingan dua kata atau lebih jika boleh disisipkan kata lain antara gandingan perkataan itu tidak dikira sebagai majmuk. Ia akan menjadi frasa. Contohnya:
                     i.       Muda mudi boleh menjadi muda dan mudi
                   ii.       Hitam legam boleh menjadi hitam lagi legam
                  iii.       Hujan renyai boleh menjadi hujan yang renyai
Proses menggandingkan dua kata dasar atau lebih untuk mendukung makna tertentu berlaku dengan tiga cara, iaitu:
                     i.       Umum
                   ii.       Istilah
                  iii.       Kiasan/peribahasa

Pengimbuhan

 Proses pengimbuhan ialah proses merangkaikan imbuhan kepada kada dasar untuk menerbitkan perkataan yang berlainan makna serta fungsi nahunya.
Dalam bahasa Melayu, imbuhan terdiri daripada morfem terikat yang dirangkaikan kepada kata dasar.
Imbuhan tergolong dala empat jenis, iaitu awalan, akhiran, apitan dan sisipan.

Imbuhan Kata Nama
Kata nama menerima keempat-empat jenis imbuhan - awalan, akhiran, apitan dan sisipan.
Contoh imbuhan pada awalan ayat
AwalanVarianContoh perkataancontoh penggunaan
ke-kekerabat, ketladak, kekasihKerabat diraja itu makan di warung sahaja.
maksud awalan ke- menjadi penanda orang atau benda dengan memberi tumpuan kepada maksud yang terkandung dalam kata dasar. Kata nama yang diterbitkan mungkin konkrit atau bastrak
peN-pe-pewangi, peragut, pesalahOrang ramai membelasah peragut rantai itu sehingga pengsan.
 pem-pemfatwa, pemproses, pemberontakMesin pemproses sawit itu mahal harganya.
 pen-pensyarah, penswastaan, penagih, pendapatPensyarah itu keletihan kerana menyampaikan lima kuliah sehari
 peng-pengkritik, pengamal, pengkhianat, pengacau, pengaudit, penghantar, pengasuhPengacau itu menggangu pengasuh kanak-kanak setiap hari.
 penge-pengecualian, pengeluar, pengesan, pengebomPengebom berani mati itu terkorban akibat perbuatan sendiri
 pel-pelabur, pelajar, pelayar, pelampau, pelakonPelabur diingatkan supaya menyemak nombor kad pengenalan sebelum mengisi borang.
peR-perpertapaPertapa itu menghabiskan masa enam purnama untuk menghabiskan zikirnya.
juru-juru-jurutaip, jururunding, jurubahasaSemua tugas diserahkan kepada jurutaip, sehingga akhirnya dia meletakkan jawatan.
dwi-(menunjukkan bilangan dua bagi kata dasar)dwi-dwibahasa, dwifungsi, dwiedaranMajalah itu diterbitkan dalam dwibahasa iaitu Tamil dan Inggeris.
eka-(menunjukkan bilangan satu, kadangkala dirujuk juga adi-)eka-ekabahasa, ekakaum, ekafungsiPengunaan ekabahasa belum tentu menjamin perpaduan negara
pasca-(dirujuk kepada `selepas')pasca-pascasiswazahPengajian pascasiswazah merujuk kepada bidang-bidang sarjana dan kedoktoran.
pra-(menunjukkan makna `sebelum')pra-prasejarah, prakemerdekaanAhli arekologi itu menggali tulang-temulang manusiaprasejarah.
swa-menunjukkan maksud `sendiri')swa-swalayan, swamodal, swakaryaPelanggan mengambil sendiri makanan di restoran swalayanitu.

Contoh imbuhan pada akhiran ayat
Akhirancontoh perkataan
-man (menunjukkan sifat perkara - samada orang atau benda- yang dirujuk)seniman, budiman
-wan (perkara yang dirujuk adalah ahli dalam bidangnya)olahragawan, usahawan
-wati (menunjukkan wanita yang ahll dalam bidangnya)pragawati, olahragawati
-anpakaian, kudapan, senaman, latihan, kenalan, jualan

Contoh imbuhan pada apitan ayat
Apitancontoh perkataan
ke....ankezaliman, kesenangan
pe...anperanan, pesisiran, pelancongan, pekarangan, peperangan
peN...anpenyusunan, pengurangan

Contoh imbuhan sisipan pada ayat
sisipancontoh perkataan
-el-telunjuk, kelengkeng, kelabut
-er-keruping, seruling, serabut
-em-kemuning, kemuncup, kemelut